Hey ! Thanks for Visit My blog :) | Dashboard | +Follow

About Family Friend Entry







selamat hari lahir mama..=)
Saturday, January 1, 2011 | 11:07 AM | 2 comments


“Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku ketika aku kecil dan rahmatilah mereka serta tempatlah mereka bersama orang yang beriman di Dunia dan Akhirat” Amin ya Raballa `Alamin


Duhai Bonda
Bagai kerdipan lilin yang berkilau, bercahaya
Menggantikan mentari terangi malam nan gelita
Membakar diri pun membeikan cahaya
Membiar diri musnah terlebur
Korban segalanya penuh rela
Biar dimamah arus usia
Tidak pernah kenal derita
Bagai sungai kasih yang mengalir
Tiada penghentiannya, tak bertebing
Duhai ibunda kaulah anugerah istimewa
Berkorban jiwa raga redahi hidup nan mencabar
Berusaha dan sabar dalam mengharungi derita
Hidupmu penuh ranjau meniti kepayahan yang tiada kesudahan
Tidak sekali mengharapkan dibalasi permata
Cukup engkau rasa bahagia
Lihat anak-anakmu berjaya
Kau penawar hati duka
Walau hatimu terluka
Engkau ibu engkaulah bapa
Pabila ayah tiada
Hanya Tuhan saja yang dapat membalas jasamu
Kerana Tuhan saja yang tahu penderitaanmu
Wahai bonda


 selamat ulang tahun kelahiran kepada mama tersayang...semoga dipanjangkan umurnya dengan diberkati penuh kebaikan dalam kehidupan dan umurnya....

semoga dia tergolong dalam kalangan orang-orang beriman...

semoga kebahagian dan keberkatan miliknya...umur dipanjangkan dan segala yang dihajati dimakbulkan ALLAH...amiin..

OLD / NEW