Hey ! Thanks for Visit My blog :) | Dashboard | +Follow

About Family Friend Entry







Kisah Siang dan Malam
Friday, February 24, 2012 | 11:29 PM | 0 comments
Malam : sudikah kau bersama aku?

Siang : memang telah lama aku ingin bersama mu namun aku malu menyatakan itu !

Malam : mengapa kau menyukai aku ?

Siang : sebab kamu indah, tenang, dan jelita . Punya bulan, bintang, pungguk yang mententeramkan jagat raya dan aku tidak seindah mu. Hanya punya mentari untuk menerangi bumi untuk manusia.

Malam : Tapi aku tetap suka kamu dan ingin bersamamu merasakan keperitanmu menahan mentari semata untuk memberi manfaat kepada manusia.

Siang : Darjat kita tidak sama dan berbeza, dan aku takut kamu tidak sanggup menghadapi kepanasan kehidupanku yang sentiasa menahan airmata demi manusia dan aku tidak mahu terluka di tengah jalan .

Malam : Tidak ! aku bertekad untuk bersamamu dan ingin menyusuri jalanmu mendapat redaNya !

Siang : sanggupkah kamu kehilangan bulan, kehilangan bintang dan kehilangan pungguk yang mewarnai kehidupan mu?

Siang : sanggupkah ?

Suasana kembali sepi . sesepi suasana sebelumnya .




SALAM MAULIDUR RASUL S.A.W (kelebihan berselawat)
Saturday, February 4, 2012 | 11:22 AM | 0 comments
Berselawat kepada Nabi Muhammad adalah salah satu bukti kecintaan seseorang itu kepada Allah dan Rasulullah. la tidak sewajarnya dipandang ringan oleh setiap umat Islam. Ini sesuai dengan kedudukan selawat itu sendiri yang memiliki berbagai keistimewaan dan kelebihan di sisi Allah.
Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56).
Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
4. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
5.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).
Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Di antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.
Justeru itu, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2012 buat semua teman seIslam .Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW , kita telusuri seerah baginda dan kita lestarikan pancang dakwah dan jihad baginda dalam hidup kita. Kita pintal dan suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.



OLD / NEW