Hey ! Thanks for Visit My blog :) | Dashboard | +Follow

About Family Friend Entry







happy new year...
Friday, December 31, 2010 | 9:02 AM | 0 comments

Detik..demi detik, 
hari demi hari,
hingga bulan demi bulan 
telah mengusung banyak cerita,
suka..duka..menjadi warna nyata dalam hidup kita, 
tapi biarkan semua menjadi kenangan yang terpahat,
kini tahun baru tlah menyambut kita,
saatnya kita mengemas kegagalan menjadi kejayaan, 
kita buka lembar kisah baru dengan 
semangat dan keceriaan
Selamat tahun baru 2011
Thursday, December 30, 2010 | 5:44 PM | 0 comments

Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah
kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali
kamu lepaskan ia semula ke dalam air
begitu sahaja...
kerana ia akan sakit
oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin akan menderita selagi ia
masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu
memberi banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu 
hendaklah kamu menjaga hatinya...
JANGANLAH sesekali kamu
terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan mungkin tidak dapat
melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu...
Lelaki Hensem Vs Tak Hensem
Monday, December 27, 2010 | 8:15 PM | 0 comments
 Kalau lelaki handsome pendiam Perempuan akan cakap: woow, cool giler…Kalau lelaki tak handsome pendiam Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…

Kalau lelaki handsome berbuat jahat Perempuan akan kata: nobody’s perfectKalau lelaki tak handsome berbuat jahat Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!

Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…

Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantikPerempuan akan kata: sepadan sangat…Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantikPerempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

Kalau lelaki handsome ditinggal kekasihPerempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasihPerempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…

Kalau lelaki handsome penyayang binatang Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayangKalau lelaki tak handsome penyayang binatangPerempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…

Kalau lelaki handsome bawa BMW Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalamKalau lelaki tak handsome bawa BMW Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…

Kalau lelaki handsome tak mau bergambarPerempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebarKalau lelaki tak handsome tak mau bergambarPerempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…

Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuanPerempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….

Kalau lelaki handsome bersedih hati Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry onKalau lelaki tak handsome bersedih hati Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?
Cantiknya lelaki...Hebatnya wanita
| 12:55 PM | 0 comments

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-


1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.


2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.


3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.


4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.


5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.


6) Lelaki yang tak pernah putus asa.


Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…


Dan dimana Kegagahan Wanita???


Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-


1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.


2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.


3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.


4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


Sabda Rasulullah SAW:


“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”


Surah Al-Ahzab : Ayat 71


“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Monday, December 20, 2010 | 1:15 PM | 0 comments

Terkadang bibir ini tak mampu lagi untuk berkata,

Saat aku bertemu, melihat dan memandang dirimu,

Tetapi jauh didalam hatiku ingin berkata,

Bahwa aku sangat sayang kepadamu,

Dan aku ingin selalu hidup bersamamu,

Hingga akhir zaman dan untuk selama-lamanya…

OLD / NEW